Sulit
5 tahun
Tekak berangin, nasal drip, tiada batuk dan kahak
Tekak saya terasa berangin apabila menarik nafas dalam2. Dada saya juga terasa berat pada waktu malam namun hanya kadang2. Bolehkah saya mengambil paracetamol kerana saya rasa skrg bkn masa yg sesuai untuk ke klinik. Atau saya boleh mengamalkan minum air suam? Dr? Apakah puncanya ye
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Penerangan yang anda berikan kurang jelas untuk saya berikan kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh mengambil langkah-langkah seperti minum air secukupnya untuk melegakan tekak anda. Selain itu, sekiranya anda mengalami sakit dada yang teruk atau kesesakan nafas, anda disarankan ke hospital secepat yang mungkin.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.





























