Sulit
5 tahun
Terlewat makan pil yasmin lebih 24 jam
Saya wanita 30 an. Saya memgambil pil perancang yasmin. Skrg ni saya terlewat makan pil tu utk minggu terakhir lebih drpd 24 jam. Situasi conton sy bersama dgn suami ahad, ahad malam saya makan pil yasmin. Hari isnin sepatutnye saya makan pil selalunya pukul 9 setiap hari. Tetapi saya terlupa. Dan sedar hari selasa pukul 11 pagi yang saya terlupa makan pil tu semalam. Saya terus makan sebiji. Ada potensi untuk mengandung ke? Adakah saya kne terus makan 2 biji … dan malam nanti saya kne makan lagi sebiji ke? Kalau kena makan lagi sebiji utk hari rabu punye pil. Cycle pil tu da berubah.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk maklumat anda, anda telah melakukan langkah yang betul. Sekiranya anda terlepas satu pil dan membuat hubungan seksual, anda masih dilindungi daripada kehamilan. Anda perlu meneruskan pengambilan pil secara biasa pada hari-hari berikutnya sehingga pek tersebut habis dan kitaran haid anda adalah seperti biasa.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh alirannya pula di antara dua hingga tujuh hari.
Sekiranya anda mendapati haid anda tidak menentu walaupun menggunakan pil perancang, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut berkenaan pengambilan pil perancang, anda boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami ataupun pergi ke farmasi berhampiran untuk mendapatkan penjelasan daripada pegawai farmasi. Terima kasih.



































