
Sulit
4 tahun
Tiada nafsu seks ketika berhubungan
Hye doktor saya wanita berumur 27 tahun…soalan yang ingin saya tanyakan…saya baru berkahwin dua bulan…setiap kali melakukan hubungan seks,saya tiada nafsu dan susah untuk terangsang…apakah perkara yang saya boleh lakukan untuk mengatasi hal ini…suami saya sudah cuba bermacam² cara untuk bagi saya terangsang,tapi tidak berjaya…adakah disebabkan saya ada mengalami gejala penyakit rematik yang membuatkan saya tiada nafsu…tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah seksual.
Untuk makluman anda, nafsu sek atau libido yang kurang boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Masalah fizikal
- Masalah ketika berhubungan: sakit
- Penyakit penyakit luar: darah tinggi, kencing manis,arthritis, dan kanser boleh mengurangkan nafsu
- Pembedahan yang lepas
- Penat
- Perubahan hormon
- Menopaus awal
- Mengandung dan menyusu
- Masalah psikologi
- Keresahan dan kemurungan
- Stres
- Kurang keyakinan diri
- Sejarah seksual yang silam
- Masalah hubungan kasih sayang bersama pasangan
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan rawatan lanjut seperti ubat ubatan. Buat masa sekarang anda boleh cuba praktikkan beberapa kaedah lain di rumah seperti:
- Senaman
- Kurangkan stres
- Komunikasi dengan pasangan
- Jadikan hubungan kelamin satu skedul
- Kurangkan merokok (jika ada) atau tabiat buruk yang lain
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.