
Sulit
3 tahun
Tiba-tiba takut mati Dan malam susah tidur
Salam doktor saya seorang lelaki berumur 27 tahun nak Tanya lah masalah saya ni kekadang saya dengan cara tiba-tiba datang perasaan takut mati bila perasaan tu datang saya rasa hati saya gelisah sangat Dan jantung bedebar2 ada kala nya sampai sesak nafas Dan ada kala saya menangis sendiri sebab ketakutan kedua doktor malam saya susah nak tidur bila perasaan takut Dan hati gelisah tu datang sampai kan saya tak tidur malam sebab takut hmmmm tolong saya dokto

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, anda mungkin mengalami gejala anxiety disorder. Rasa khuwatir dan tegang yang berlebihan kadang juga disertai dengan gejala fizik, seperti gelisah, susah berkonsentrasi, dan sulit tidur (insomnia).
Antara gejala-gejala anxiety disorder adalah:
- Mudah merasa lelah.
- Gelisah berterusan.
- Kesukaran berkonsentrasi atau pikiran kosong.
- Mudah marah dan tersinggung.
- Kejang otot
- Kesukaran mengendalikan perasaan khuwatir.
- Mengalami gangguan tidur, termasuk kesulitan atau selalu merasa kurang tidur.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.