Anonymous
5 tahun
Tidak boleh berfikir bila bercakap
saya berumur dalam 29 tahun doctor saya ingin bertanya ,bila masa saya bercakap dengan orang saya dalam keadaan tidak sedar apa yang saya cakap kan bukan mcm seorang yang normal ,diibarat macam khayal ,apakah penyebabnya doctor saya harap doctor boleh bantu penyakit saya
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan keadaan yang anda alami. Berkemungkinan anda stress atau terlalu penat dengan aktiviti harian yang sibuk. Jadi cuba luangkan masa untuk diri anda dan berehat bagi mendapat kembali ketenangan fikiran.
Kami sarankan anda untuk merujuk ke bahagian kaunselling atau bahagian psikologi bagi mendapatkan nasihat atau pendapat. Anda juga boleh merujuk kepada doktor di klinik bagi mendapatkan rujukan kepada doktor psikiatri yang terdekat untuk konsultasi dan rawatan yang sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.