
Sulit
4 tahun
Tidak dapat tidur malam dan rasa gelisah risau melampau
SALAM SEJAHTERA. SY SUSAH UNTUK TIDUR MALAM SEJAK BULAN JANUARI 2020 LAGI. SETIAP KALI WAKTU TIDUR SY AKAN MENDENGAR SEPERTI ADA ORANG YG BERBISIK/ MENYEMBANG. SY JUGA ADA MASALAH RASA GELISAH ATAU BIMBANG YG MELAMPAU. SY AKAN MEMIKIRKAN SESUATU MASALAH SECARA BERLEBIHAN. BILA TIBA WAKTU TIDUR MALAM SY AKAN MULA RS GELISAH. BAGAIMANA CR NAK DPTKN RAWATAN DAN LANGKAH² YANG PERLU SY LAKUKAN. TQ…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah yang anda hadapi iaitu tidak dapat tidur malam dan rasa gelisah yang melampau. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Stress dalam kehidupan harian
- Jadual kerja yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
- Sesetengah ubat asma, ubat darah tinggi, ubat tahan sakit dan ubat selsema.
- Masalah kesihatan yang lain seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, asma, pedih ulu hati, penyakit tiroid dan penyakit Alzheimer.
- Kafein, nikotin (bahan racun dalam rokok)
Selain itu, sedikit tips untuk anda, amalan sleep hygine adalah salah satu cara mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Iaitu:
- Elakkan makan dan minum sebelum waktu tidur. Ambil makan malam anda lebih awal.
- Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk membina pola tidur anda
- Elakkan melihat skrin atau alat elektronik sebelum tidur
- Banyakkan bersenam dan bergerak aktif pada waktu siang untuk membantu anda lebih lena pada waktu malam
- Tidur dalam keadaan gelap, sunyi dan suhu yang selesa
Dapatkan tidur yang lena untuk teruskan aktiviti harian !
Anda boleh cuba melakukan tips di atas dan rujuk kepada doktor sekiranya masalah anda berlarutan atau menggangu aktiviti harian anda. Untuk itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lanjut, sila klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih