
Sulit
4 tahun
Tidak mencapai klimaks semasa hubungan sexual
saya wanita berusia 30 tahun sudah 2 tahun berkahwin tetapi sepanjang 2 tahun melakukan hubungan sexual saya tidak merasakan apa2 apabila berlaku intercourse dan juga anti klimaks. adakah saya mati putik? dan perlu tak saya ambil ubat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda . Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Jalinkan hubungan mesra dengan lebih nikmat.
Tidak puas ketika berhubungan seksual boleh disebabkan oleh:
- rasa malu atau tidak biasa
- overthinking, was-was atau kurang percaya diri
- masalah alat kelamin (i.e. jangkitan kuman, vaginismus , dll.)
- ganguan psikososial yang lain
Umumnya masalah kelamin memerlukan rawatan dari doktor. Selain dari masalah kelamin, kesemua gangguan diatas boleh hilang perlahan-lahan dengan waktu. Berbincanglah dengan pasangan agar anda dapat meningkatkan keyakinan diri dan kepuasan seks.
Selain itu, anda juga boleh cuba meningkatkan rangsangan dengan:
- cuba meningkatkan suasana romantik sebelum bersama
- pastikan kondisi dan keadaan sekeliling selesa dan tidak mudah diganggu
- memastikan kedua-dua pihak telah siap untuk memulakannya
- tidak terburu-buru dalam melakukan hubungan intim
- perbanyakkan foreplay sebelum melakukan penetrasi
- kosongkan pundi kencing atau bersihkan diri sebelum melakukan hubungan
Namun sekiranya gejala berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah