
Sulit
3 tahun
Ujian darah FBC, RDW-SD tinggi
Hi doktor, baru-baru ini saya ada membuat ujian darah full blood count. RDW-SD saya menunjukkan tinggi iaitu 39.8 % sedangkan range yang dinyatakan ialah 11.0-16.0. Persoalan saya, adakah nilai RDW-SD yang tinggi, membahayakan ?
Terima kasih dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai keputusan ujian darah dengan nilai RDW-SD yang tinggi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, RDW-SD merupakan petunjuk untuk menentukan edaran darah merah dari variasi saiz dan jumlah sel darah merah seseorang. Sekiranya nilai RDW anda terlalu tinggi, ia boleh merupakan petanda kekurangan nutrient, seperti
- kekurangan zat besi,
- folat, atau
- vitamin B-12.
Hasil ini juga boleh menunjukkan masalah kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor seperti:
- anemia makrositik, ketika tubuh anda tidak menghasilkan sel darah merah normal yang cukup, dan sel yang dihasilkannya lebih besar daripada biasa.
- masalah sistemik yang lain
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.