
amyrasyuhada0
4 tahun
Ulser pada mulut bahagian bawah lidah
Saya seorang pelajar berumur 21 tahun, mengalami ulser pada mulut bahagian bawah lidah … Kebiasaannya saya akan minum air mineral lebih dari kebiasaan yang saya minum untuk melegakan ulser dan mendapati 2 hari selepas itu ulser akan hilang … Tetapi kalini saya mendapati ianya tidak memberikan apa² kesan malah menambahkan ulser di kawasan yang sama, sedangkan pada hari² biasa saya minum 1.5l air mineral. Jadi apa yang perlu saya lakukan ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Rawatan yang boleh diberikan untuk masalah ulser mulut terbahagi kepada rawatan menggunakan bahan semula jadi ataupun rawatan dengan menggunakan ubat-ubatan. Rawatan semula jadi yang boleh diberikan untuk ulser mulut ialah seperti:
- Kumur mulut dengan menggunakan air garam untuk memastikan ulser tesebut sentiasa bersih
- Baking soda dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan ubat sapuan pada ulser tersebut.
- Ais batu juga boleh diletakkan kepada ulser tersebut untuk melegakan rasa sakit
- Gunakan pencuci mulut yang mengandungi steroid kerana dapat membantu meredakan keradangan
- Pastikan air diminum dengan banyak untuk mengelakkan dehidrasi atau kekurangan air dalam badan
Selain itu, rawatan seterusya yang dapat diberikan berbentuk ubat-ubatan yang direkomenkan oleh pihak doktor. Ubat yang selalu dijual di pasaran untuk merawat ulser mulut ialah:
- Oral aid
- Bonjela
Sekiranya ulser tersebut berpunca daripada penyakit kelamin maka ianya memerlukan rawatan yang lebih serius dan ianya perlu dibincangkan dengan seorang doktor.
Kesimpulannya, ulser mulut merupakan sebuah isu yang remeh sahaja dan boleh diubati dengan segera. Ianya memerlukan sedikit perhatian daripada indivdu yang terbabit supaya dapat dicegah dengan lebih mudah dan cepat
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih