Anonymous
2 tahun
Vagina Berdarah ketika Hubungan Intim
saya wanita berumur 25 dan mempunyai teman lelaki. Kitaran haid saya kebiasaanya 30 hari. kami sering melakukan hubungan seks. Pernah sekali kami melakukan hubungan seks, 3 hari sebelum hari sepatutnya saya period. Namun ketika itu terdapat sedikit darah pekat warna merah coklat. namun esok hari, hanya keputihan sahaja yang keluar dan tiada darah period yang keluar. adakah itu darah haid atau bukan?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai sebab vagina mengeluarkan darah selepas berhubungan seks. Antaranya ialah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
- Endometriosis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.