Sulit
6 tahun
Vagina gatal lebih daripada sebulan n selepas haid
Umur saya 23 tahun… Sehari sebelum haid, saya mengalami kegatalan yang luar biasa… Jadi saya ingat ia adalah simptom haid… Sepanjang haid, saya mengalami kagatalan yang sangat sangat… Selepas haid, saya melihat banyak keputohan seperti keju tapi tidak berbau busuj pun… Sehingga sekarang gatal nya tak juga hilang… Apa perlu saya buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat untuk mengenalpasti punca gatal muncul dan apakah terdapat gejala lain seperti demam.
Secara umum, gatal di kemaluan boleh terjadi disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Alahan(sensitif kepada fabrik tertentu dan sebagainya)
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik atau kortikosteroid untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih

































