Sulit
3 tahun
Wanita berumur 23 dan suka cek tekanan darah di rumah
hi doctor. saya wanita berumur 23 tahun. saya nk tanya pasal tekanan darah. adakah normal jika tekanan darah meningkat dan mencapai 150/94 selepas melakukan aktiviti atau berjalan laju dan turun normal 118/80 apabila sedang berehat? saya pernah ke klinik namun doctor kata mungkin sbb stress. tapi saya masih risau. terima kasih doctor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, adalah normal untuk mendapat bacaan tekanan darah yang meningkat dan tekanan darah ini akan turun semula setelah seketika dan semasa berehat. Terdapat juga keadaan di mana seseorang boleh mendapat tekanan darah tinggi secara konsisten atau berpanjangan dan keadaan ini memerlukan perhatian anda dan doktor dan perlu dirawat kerana komplikasinya. Antara keadaan tersebut adalah:
- Hipertensi
- Obesiti
- Kencing manis
- Kolesterol tinggi
- Penyakit buah pinggang
- Tekanan emosi atau stres berpanjangan
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.