Sulit
3 tahun
Stroke mata - hypertension
Baru-baru ini ibu saya disahkan stroke mata. Doktor memaklumkan punca disebabkan hypertension. Ibu telah mendapatkan rawatan untuk stroke mata. Bila cek BP ibu selalunya normal. Namun dalam minggu ini, BP ibu saya tinggi walaupun pemakanan dijaga elok dan sudah dapat rehat yang cukup. Boleh tahu apa punca tekanan darah ibu yang tidak kembali kepada normal dan apa rawatan yang boleh dibuat? Terima kasih.
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, tekanan darah tinggi mempunyai banyak faktor risiko termasuklah:
- Kurang tidur ( akan menyebabkan stress)
- Umur.
- Risiko tekanan darah tinggi meningkat bersama umur.
- Peringkat awal semasa usia pertengahan, kira-kira umur 45, tekanan darah tinggi lebih biasa berlaku kepada golongan lelaki.
- Wanita lebih cenderung untuk mengalami tekanan darah tinggi selepas usia 65 tahun.
- Bangsa.
- Komplikasi serius seperti strok, serangan jantung dan kegagalan buah pinggang juga lebih kerap berlaku kepada mereka yang berkulit hitam.
- Sejarah keluarga.- Anda berisiko untuk mengalami tekanan darah tinggi jika terdapat sejarah penyakit yang sama dalam kalangan ahli keluarga.
- Berlebihan berat badan atau obesiti.- Semakin anda menambah berat, lebih banyak darah yang perlu untuk membekalkan oksigen dan nutrien ke tisu anda.
- Tidak aktif secara fizikal.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.