Sulit
2 tahun
Adakah tekanan darah tinggi normal atau tidak
Saya lelaki berusia 34thn…sebelum ni saya seorang perokok dan tegar meminum air neskepe ais dan sudah lama tidak bersenam…ketika saya hendak divaksin pada 12/8/21 di pusat vaksin hospital seberang jaya nurse membuat pemeriksaan tekanan darah saya naik ke 144/90 lebih kurang macam tu dan nurse bertanya kepada saya adakah saya mempunya darah tinggi? saya menjawap tiada sebab memang sebelum ni tekanan darah saya ok cuma kadang tekanan darah naik dan turun normal dan kadang terasa pening dan berat belakang kepala tu memang ada…nurse tu kata takpa boleh divaksinkan lagi…selepas divaksin dalam sehari dua macam tu kepala rasa berat dan sakit dibelakang serta merasa nyut-nyut dan saya telan panadol…dia berkesan tapi bila keeseokkan harinya jadi balik dan sehari dua ni saya periksa tekanan darah ada dalam 123/90 kadang kala 124/91… kerana setahu saya kalu mengikut bacaan tekanan darah saya di atas adalah normal 123 dan 124 tapi bacaan yang dibawah tu 90 dan 91…so soalan saya adakah bacaan tekanan darah saya tu tergolong dalam golongan darah tinggi? adakah ianya normal? bagaimana saya nak stabilkan bacaan tekanan darah saya? sekian terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, tekanan darah anda adalah normal. Kadangkala tekanan darah akan naik tinggi semasa stress atau cemas, ia adalah biasa dan akan pulih selepas tenang.
Selain itu, gejala anda alami tersebut adalah kesan sampingan umum selepas vaksinasi, ia akan sembuh sendiri lebih kurangnya 1 minggu. Anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti panadol sekiranya diperlukan.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.