Sulit
2 tahun
Makan ubat darah tinggi, tapi tekanan darah jadi rendah
Mak sya pesakit stroke slma 20 tahun. Baru2 ni lepas check up di hospital barulah tahun ade masalah injap jantung (mitral stenosis) beserta ubat-ubatan lain. Ketika dihospital tiada masalah. Tapi slpas balik ke rumah. Ibu sya lepas makan ubat (sebelum makan nasi : ubat lawas kencing, kencing manis, ubat darah tinggi, wafarin), x lama kemudian tekanan darah jadi rendah. Selama ni, mak sya x pernah tekanan darah tinggi. Selalunya mak saya tekanan darah selalu rendah. Tapi mungkin kerana dihospital, mak saya takut, jadi tekanan darah jadi tinggi je selalu.
Saya risau memandangkan mak sya pesakit mitral stenosis. Dan juga mak saya tak mahu kembali ke hospital untuk rujukan ubat. Dirumah, selepas makan ubat darah tinggi dan lain2, tekanan darah jatuh sehingga anggaran 80/50. 70/40. Buat sementara, sya x beri mak sya ubat darah tinggi dan beri garam osr salt. Barulah tekanan darah kembali normal sikit2 . Sehingga 104/89. 120/70.
Adakah tindakan saya betul? Selama 20 tahun mak sya stroke. X pernah tekanan darah lebih 130. Selalu nya tekanan darah rendah. Dah 1 hari mak saya x makan ubat darah tinggi. Tekanan darah menjadi stabil sikit2, dan x merasa simptom tekanan darah rendah(loya, pening, dan sebagainya)
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah ibu anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang diberi oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi yang tertentu. Doktor perlu mengetahui tentang sejarah kesihatan anda dengan lebih lanjut serta perlu melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh sebelum membuat kesimpulan mengenai masalah anda. Anda perlu meminum ubat tersebut mengikut arahan dan nasihat doktor kerana setiap ubat-ubatan mempunyai kesan sampingan yang tersendiri.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk ibu anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.