jassancez
3 tahun
Darah tinggi perindopil 4mg
1.ubat perindopil 4mg boleh berhenti makan?
2.boleh tukar ubat tersebut ke ubat yang lain?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda, anda ingin mengetahui sekiranya pengubatan darah tinggi anda boleh diberhentikan dan sekiranya pengubatan tersebut boleh ditukar ke ubat yang lain. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda perindopril merupakan ubat untuk menurunkan tekanan darah pada penderita hipertensi. Umumnya sebarang rawatan tidak boleh diberhentikan tanpa mendapat persetujuan dari doktor.
Namun begitu, pertukaran atau penambahan ubat darah tinggi lazimnya boleh diusulkan sekiranya terdapat kesan sampingan atau alahan terhadap pengubatan sebelumnya. Selain itu, sekiranya keberhasilan ubat tidak mencapai target yang diinginkan.
Walau bagaimanapun, pengubatan darah tinggi tetap perlu diteruskan mengikut pelan rancangan doktor agar komplikasi yang serius dapat dicegah, seperti,
- peningkatan tekanan darah yang tidak terkawal
- serangan jantung
- serangan strok
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami dapat mengenal pasti keadaan anda dengan lebih lanjut dan memberikan nasihat yang sesuai.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Cardiologist.