Sulit
3 tahun
Young hypertension tekanan darah tinggi
Saya wanita berusia 32thn, saya mengalami sakit di bahagian leher kiri hingga ke lengan … dan juga belakang bahagian kiri, kertas kebas … pening yang hingga menyukarkan saya untuk berjalan … badan terasa lemah yang melampau, sampaikan nak mandi pun tercungap cungap … telinga dan kepala terasa hangat seperti haba, sakit kepala bahagian belang … rasa berdebar debar … kadang saya boleh rasa denyutan jantung terlalu kuat, dan terasa seperti senak atau di tekan bahagian dada kiri belakang … bacaan tekanan darah saya ambil di rumah (130,100,105)
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala lenguh ataupun sakit pada leher sehingga ke lengan anda boleh disebabkan:
- Postur duduk atau tidur tidak kondusif
- Pergerakkan berulang oleh bahu akibat aktiviti bersukan dan sebagainya yang menyebabkan ketegangan otot
- Masalah saraf bahu - seperti kecederaan atau keradangan
- Masalah jantung - sekiranya mempunyai diagnosis darah tinggi atau penyakit jantung sebelum in
Secara umum, masalah pening kepala atau ‘berpusing’ boleh disebabkan atas beberapa faktor, antaranya:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV) adalah timbulnya rasa pening terkait perubahan posisi
- Meniere’s disease biasanya timbul dalam bentuk serangan dan semakin berkurang
- Acute vestibular dysfunction adalah akibat keradangan dan jangkitan
- Migrain
Masalah yang anda hadapi ini juga berkemungkinan boleh disebabkan :
- Dyslipidemia
- Hipertensi
- Kencing manis
Justeru pemeriksaan lebih lanjut adalah amat diperlukan sebelum menentukan rawatan yang sesuai untuk anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi.
Pegawai khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal