Sulit
3 tahun
Bacaan pagi tekanan darah saya sekitar 123/78 tapi apabila petang ke senja naik 155/90. Kenapa terjadi mcm ni doktor. Terimakasih. Saya umur 43 berat 60 tinggi 168cm
Saya seorang yg aktif bersukan. Tetapi sejak pkp ni terbatas utk melakukan aktiviti sukan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk makluman anda, berikut merupakan tahap julat bagi tekanan darah normal dan tahap tekanan darah tinggi (hipertensi):
- Normal: Kurang daripada 120/80 mmHg
- Meningkat: Antara 120/80 hingga 129/80 mmHg
- Tahap 1 tekanan darah tinggi: 130-139 / 80-89 mmHg
- Tahap 2 tekanan darah tinggi: 140/90 mmHg dan ke atas
- Krisis tekanan darah tinggi: lebih daripada 180/120 mmHg dan anda perlu segera berjumpa dengan doktor.
Sekiranya tekanan darah anda berada di atas paras normal, anda perlu berbincang dengan doktor anda tentang cara-cara untuk menurunkannya.
Kebanyakan pesakit tekanan darah tinggi tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala walaupun bacaan tekanan darah mencapai paras yang tinggi. Sebaliknya mereka mungkin mengalami simptom seperti sakit kepala dan sesak nafas. Tetapi tanda-tanda dan gejala ini tidak spesifik dan biasanya tidak akan berlaku sehingga tekanan darah tinggi telah mencapai peringkat yang teruk atau mengancam nyawa.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih