Sulit
3 tahun
Masalah tekanan dara tinggi
Saya wanita berumur 24 tahun… baru" ini saya melakukan check dara dan bacaan dara saya 124 atas./ bawa 99. Dan tekanan jantung saya 100… apaka itu berbahaya. Dan apa yang perlu saya lakukan… Kerana saya akan ambil suntikan vaksin saya yang pertama pada 20 hari bulan ini…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, darah tinggi boleh diklasifikasikan seperti berikut :
- Normal : bawah 140/80 mmHg
- Prahipetensi : 120-139 / 80-89 mmHg
- Hipertensi : Atas 140/ 90 mmHg
Bagi kadar dengupan jangtung pula, normal adalah dalam lingkungan 90-135 dalam 1 minit.
Memandangkan bacaan tekanan darah anda adalah 124/99 mmHg, dan kadar dengupan jantung adalah 100, bacaan ini adalah normal kecuali bacaan bawah tekanan darah, iaitu 99 mmHg. Keadaan ini boleh dinamakan sebagai ‘isolated diastolic hypertension’ Ini boleh disebabkan oleh :
- Berat badan berlebihan
- Tahap glucosa dalam darah yang tinggi
- Pengambilan alkohol
- Sesetengah jenis makanan seperti makanan berlemak tinggi
Kebiasaanya, ia tidak menjadi halangan untuk pengambilan vaksin, namun sekiranya perkara ini disebabkan oleh masalah kesihatan yang tidak dirawat, pengambilan vaksin untuk anda mungkin perlu ditunda.
Untuk memastikan anda tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor serta mendapatkan kepastian mengenai pengambilan vaksin.
Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami supaya anda dapat dibantu dengan lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.