Sulit
3 tahun
Salit gusi dan BP tinggi
Tekanan darah turun naik 140/72 hingga 172/81. Dalam rawatan root canal treatment masalah gusi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda mempunyai bacaan tekanan darah yang tinggi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, bacaan tekanan darah 140/72 hingga 172/81 mmHg adalah dalam lingkungan yang tinggi. Bacaan tekanan darah boleh dikategorikan seperti berikut :
- Normal : < 130/85 mmHg
- Normal Tinggi : 130-139 / 85-89 mmHg
- Hipertensi Peringkat 1 : 140-159 / 90-99 mmHg
- Hipertensi Peringkat 2 : 160-179 / 100-109 mmHg
- Hipertensi Peringkat 3 : > 180/110 mmHg
Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor mengenai perkara ini. Hubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!