Sulit
3 tahun
Darah tinggi 175/109
Ayah saya berumur 64 tahun.susah nak ke klinik untuk buat pemeriksaan darah tinggi.cek bp di rumah sangat tinggi.boleh tak saya buat pemeriksaan darah tinggi di klinik swasta sahaja.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami masalah anda yang sukar mendapatkan temujanji di klinik kerajaan. Ini boleh disebabkan oleh wabak Covid-19 yang mengalami negara kita pada waktu ini yang meningkatkan beban klinik dan hospital kerajaan.
Bagi menjawab soalan anda, anda boleh mendapatkan temujanji di klinik swasta untuk ayah anda. Pastikan anda membawa rekod perubatan (jika ada) semasa pemeriksaan di klinik swasta supaya doktor boleh meneliti perkembangan masalah ayah anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.