Sulit
3 tahun
Darah tinggi…ambil buat di klinik kesihatan
Darah tinggi boleh minum susu omega x?berapa gelas 1 hari
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Susu omega boleh mengurangkan kolesterol dalam badan anda dan akan mengurangkan darah tinggi anda secara tidak langsung.
Untuk pengetahuan anda juga, anda perlu kurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans. Contoh sumber lemak tepu ialah susu dan hasil tenusu penuh lemak dan santan. Contoh sumber lemak trans ialah marjerin, makanan sejuk beku, makanan segera, makanan bergoreng dan produk bakeri. Kurangkan pengambilan makanan tinggi kolesterol.
Anda dinasihatkan untuk minum tidak melebihi 2 gelas sehari.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.