
Sulit
4 tahun
Xray kub (kidney ureter bladder)
Sy berusia 35 tahun akn menjalani xray kub(kidney ureter bladder).sy ada buat test kencing dan mendapati ada darah kemungkinan haid atau batu karang.pada malam test air kencing sy datang bulan.soalan saya:
1.boleh ke buat xray dalam keadaan period?
2.pada pagi sebelum buat xray perlukan masukkan ubat suppository dlm dubur.setiap pagi selepas bangun tido sy akan buang air besar dahulu.soalan saya perlu ke masuk ubat suppository andai sy buang air besar terlebih dahulu?terima kasih doktor

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang persoalan yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda boleh menjalani prosedur X-Ray ketika anda dalam haid. Berkenaan ubat suppository pula, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.