Sulit
5 tahun
Bacaan darah putih tinggi
Saya wanita. Umur 23. Sebelum ini ada demam lebih 3 hari. Pergi klinik buat ujian darah. Bacaan darah putih tinggi 20.6. Doktor kata bacaan normal antara 3.5 - 10.00. Adakah saya patut buat ujian darah selepas saya sihat atau normal bacaan itu tinggi disebabkan demam. Adakah terlalu tinggi bacaan itu ?.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, bacaan darah putih tinggi semasa demam menunjukkan jangkitan kuman dalam badan. Darah putih agak dihasilkan lebih banyak dalam badan kita untuk melawan jangkitan. Oleh itu, puan hanya perlu mengikuti nasihat doktor anda tentang rawatan dan susulan.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.