Sulit
2 tahun
Badan panas,kepala sakit dan berdenyut swjuk sampai mengigil walaupun waktu panas
Saya lelaki berumur 25 tahun
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, dengan peningkatan kes COVID-19 sekarang, anda dinasihatkan supaya mengambil ujian covid untuk mengesahkan anda tidak dijangkiti.
Jangkitan virus, seperti selesema biasa, dan jangkitan bakteria, seperti keracunan makanan, boleh menyebabkan menggigil dan sakit kepala. Keadaan kesihatan kronik yang lain, seperti leukemia, boleh menyebabkan pelbagai jenis gejala, termasuk menggigil dan sakit kepala.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.