Sulit
3 tahun
Badan rasa seram sejuk secara tiva_tiba dalam keadaan tidak ad sakit
Badan rasa seram sejuk lepas solat isya tapi tidak ada sakit apa2 pon… demam pon tidak… rasa ni kadang kadang jak dtg tapi bkn sbb talut bnda ap2… cuma tiba datang sedangkan xda pon fikir apa2 takut dkat ap2 pon tdak
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda sering berasa sejuk walaupun tidak mengalami demam ataupun gejala lain. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, keterangan anda adalah terlalu umum dan ia menyukarkan kami untuk menyimpul sesebuah diagnosis yang tepat untuk anda. Pelbagai masalah kesihatan boleh menyebabkan badan terasa sejuk seperti masalah hipotiroidisme, anemia, masalah saluran darah seperti Raynaud’s disease ataupun masalah pada hypothalamus (bahagian otak yang mengawal suhu badan). Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.