Sulit
3 tahun
Bahagian muka kejang saraf muka Sebelah kanan atau strock muka la mcm tu
Pada sekitar 2017/2018 saya telah terkena 1 pnyakit dikatakan kejang saraf muka la kata pakar saya dulu la Sebab dia tak tahu apa punca nya Half dari muka sya tu xda rasa apa2 mata x boleh tutup mulut pon senget sya cuma diberu ubat urat, eyemo, cream mata dgan panadol sja,sya berubat dgn traditional syukur la sembuh… Tpi skg mcam lain pulak rsa, bru2 ini sya baru perasaan mata sya Sebelah kanan selalu kluarkan air mata mcm org menangis pulak, and then belum lama ini juga muka sya ada rsa kebas la mcm rasa ada eletrik kecil2 Jalan kat muka mcmtu la,sya tampar muka sya msih ada rsa tu sya cuci pulak dgan air sma juga, dlm sekitar 40 minit mcm tu pandai la hilang sndri… Doktor boleh tolong tak cari tahu apa sebab ni? Sya mulai panik tak habis pikir apa benda tu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat perkara-perkara lain yang boleh memberikan gejala kebas atau lumpuh sebelah muka seperti:
- Bell’s palsy
- Strok - jika mempunyai faktor risiko seperti darah tinggi dan diabetes
- Jangkitan dalam telinga
- Penyakit Guillain-Barre Syndrome
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.