Sulit
3 tahun
Berat badan turun mendedak
As salamualaikum Dr… Sy nk tanya…dalam masa sebulan n berat badan rasa turun mendadak… Asal nya… Sy mengelami masalah kahak dan kendir kronik… Lepas makan atau minum sy terpaksa mengeluarkan lendir…sy cuba buat check di klinik kesihatan berdekatan dan hospital… Pihak hospital kata sy xada apa2x masalah kesihatan… Selepas drp tu sy rasa berat badan jatuh mendedak… Semakin hari semakin kurus… Badan sy merasa kurus dan kosong… Nk berdiri nk bawa diri pun xlarat… Kepala merasa melayang… Kaki rasa sejuk…
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, penurunan berat badan yang drastik didefinisikan sebagai kehilangan 5% berat badan dalam masa 6 hingga 12 bulan.
Namun begitu antara punca masalah berat badan susut dengan mendadak ialah:
1.Penghasilan tiroid berlebihan
2. Masalah penyerapan khasiat dari sistem gastrousus seperti keradangan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.