Sulit
3 tahun
Bisul di tepi dubur semakin sakit
saya berumur 19 tahun dan hari ini 9/9 genap 6 hari saya mendapat bisul di tepi dubur . Saya sudah mendapatkan ubat tahan sakit , ubat sapu dan ubat surut bengkak namun bisul tersebut semakin sakit dan bertambah agak besar daripada sebelumnya, saya juga mengalami deman yang kerap . Adakah ini sangat berbahaya ? dan adakah saya patut tunggu lagi seminggu , dan jika dalam masa seminggu bisul tetap sama saya akan berjumpa doktor.
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Buasir
- Anal fistula (sejenis laluan yang menyambungkan kulit di luar dubur dengan usus)
- Anal fissure (kulit yang pecah di bahagian dubur)
- Perianal abscess
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.