Sulit
3 tahun
Pembedahan bisul di bahagian pinggul
Saya lelaki umur 25 tahun, saya sudah penjalani incision n drainage utk buang bisul di bahagian pinggul saya, bisul bersaiz 1cm x 1cm, tidak berak berdarah atau ada nanah, selepas sembuh, ada kawasan berdekatan bisul tu masih keras adakah normal atau tidak? bisul sudah tidak naik semula dan sudah tiga minggu selepas pembedadahan, terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, bisul yang sedang atau telah sembuh kebiasaanya akan menjadi keras untuk process pemulihan. Ini adalah normal. Namun begitu, jika bisul itu semakin besar dan makin keras, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.