Sulit
3 tahun
Bisul dah pecah tapi gatal
Saya berusia 36tahun.
Bisul telah pecah tapi mulai rasa gatal2…adakah dia normal utk sembuh???
Setelah pecah 2hari,saya ke hospital untuk ambik antibiotik…selepas balik,mulai berasa gatal dikeliling bisul…
Adakah bisul mulai sembuh atau perlu ke hospital???
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, kegatalan adalah normal untuk masalah bisul. Namun, kami menasihatkan anda untuk tidak menggaru bahagian tersebut untuk mengelakkan jangkitan kuman. Anda boleh mendapatkan ubat untuk mengawal kegatalan tersebut di klinik atau farmasi di samping mengambil ubat antibiotik. Pastikan bahagian bisul sentiasa bersih dan kering. Sekiranya bisul tidak menunjukkan tanda-tanda sembuh, sila rujuk kepada doktor untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.