Sulit
3 tahun
Bisul tiada mata yang pecah dan perlukan krim untuk cepat kering dan antibiotik
Saya wanita umur 38 tahun.saya sedang melalui keadaan yang bisul saya yang mula nya tiada mata dan last dia keluar banyak tempat nanah dan nampak berlubang…bolehkah saya tahu ubat untuk kering cepat dan antibiotik
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, pemberian ubat adalah dibawah kelolaan doktor dan anda perlu untuk menjalani pemeriksaan sebelum sesuatu ubat diberikan.
Berdasarkan simptom anda, kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- alahan
- acne
- dermatitis kontak iritasi
- tanda tanda awal ruam
- gangguan akibat kulit berpeluh
- jangkitan virus atau fungus
- atau gangguan kulit yang lain
Ubat Fobancort digunakan untuk merawat sakit berikut:
- Jangkitan kulit
- Dermatitis
- Keradangan kronik
- Luka dijangkiti
- Impetigo
- Tindak balas autoimun
- Jangkitan kulit bakteria
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.