
Sulit
3 tahun
Masalah bisul di punggung
Assalamualaikum doktor, saya nak tanya if saya jadi bisul di punggung boleh ke saya ambil vaksin?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah bisul di punggung. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Radang kulit (dermatitis)
- Pakaian yang tidak bersih atau terlalu ketat
- Penjagaan diri yang kurang memuaskan
- Sistem imun yang rendah
- Kencing manis
Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan fizikal dan maklumat lanjut harus ditanya sebelum anda memutuskan untuk mengambil vaksin. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.