Sulit
3 tahun
Bisul tak sembuh sembuh, aiyoo
Saya lelaki berumur awal 20 an,saya mengalami bisul dibahagian tepi dubur. Ia tidaklah menyakitkan tapi tidak juga sembuh (sudah lebih sebulan).
Saya telah mendapatkan ubat sapu (Defuzin-B) daripada farmasi pada peringkat awalnya. Bisul surut namun kembali lagi selepas itu (on off berulang kali).
Kemudian saya telah juga ke klinik utk dapatkan rawatan beberapa minggu lalu. Dr berikan saya antibiotik Curam (Amoxiclav) dan ubat sapu (Betnasone). Bisul surut dan kembali lagi seperti sebelum ini. Saya juga telahpun menjaga kebersihan (seperti sabun keseluruhan badan dan tangan sebelum dan selepas sapu ubat). Apa yang perlu saya lakukan?
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Buasir
- Anal fistula (sejenis laluan yang menyambungkan kulit di luar dubur dengan usus)
- Anal fissure (kulit yang pecah di bahagian dubur)
- Perianal abscess
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.