Sulit
3 tahun
Bisul sebesar bola pingpong di punggung
Doktor, ibu saya ada bisul di punggungnya. Saiznya lebih kurang sebesar bola pingpong. Dia pernah pergi klinik untuk pembedahan kecil tapi naik balik. Dia dah serik nak pergi klinik atau hospital. Apa patut saya buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Radang kulit (dermatitis)
- Pakaian yang tidak bersih atau terlalu ketat
- Penjagaan diri yang kurang memuaskan
- Sistem imun yang rendah
- Kencing manis
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Dengan penerangan diatas, saya berharap anda mendapat maklumat yang diperlukan dan andai kata anda mempunyai soalan yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.