Sulit
4 tahun
Bisul di puting dada
Suami saya berumur 31 thn… Dia smoker…ada benjolan atau kelihatan seperti bisul di area puting dadanya…apakah masalahnya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah bisul.
Untuk pengetahuan anda, bisul merupakan nanah yang terkumpul dalam satu rongga yang sangat menyakitkan dan biasanya mengeras dan terdapat di sekeliling belakang bahagian leher, pangkal peha, atas kaki, punggung dan di bawah ketiak. Kelompok bisul dipanggil pekung (carbuncles). Bisul disebabkan oleh bakteria pada rambut folikal dan sekeliling kulit yang mana pada mulanya muncul sebagai jerawat. Bakteria yang paling biasa membentuk bisul dipanggil Staphylococcus aureus.
Terdapat beberapa faktor seseorang biasanya terkena bisul, seperti :
- Mereka yang kurang menjaga kebersihan diri.
- Kawasan penempatan yang sesak seperti di intitusi dan rumah kebajikan.
- Atopy (alahan).
- Ahli keluarga yang mengalami jangkitan kulit berulang.
- Sistem imuniti badan yang lemah.
- Kurang zat makanan.
- Pesakit diabetes.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Bagi mengelakkan bisul daripada terus berlaku, langkah berikut boleh diamalkan :
- Menjaga kebersihan diri dengan baik.
- Pastikan kulit sentiasa bersih.
- Jangan berkongsi tuala mandi atau pakaian.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!