Sulit
3 tahun
Adakah bisul tersebut sudah tiada ataupun masih ada?
saya perempuan berumur 18 tahun…
dulu dikawasan kemaluan saya ada mcm jerawat… lepastu saya picit dan ok… tetapi lima hari lalu dia tumbuh semula dikawasan yang sama tetapi bisul… dan saya demam… saya segera ke farmasi untuk beli ubat dan sekarang bisul itu keluarkan cecair bewarna hijau setelah saya sapu dan makan ubat… tetapi bila saya pegang di kawasan tersebut tetapi masih keras … maksudnya masih bisul itu ada lagi atau sudah tiada doctor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda. Saya memahami kebimbangan anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami tidak dapat memberikan kesimpulan yang tepat kerana pemeriksaan fizikal perlu dilakukan bagi memastikan ia benar-benar bisul atau tidak.
Oleh itu, kami sarankan untuk anda segera berjumpa dengan doktor dan lakukan pemeriksaan lanjut agar rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.