Sulit
3 tahun
Perianal abscess yang berulang2
saya ingin mengetahui cara terbaik u tuk mengatasi masalah bisulberdekatan dengan lubang dubur…dari 2011 tidak sembuh2…2018 baru operat itu pun selepas timbul bisul baru bersebelahan bisul asal…tpi tidak membuang atsu mencuci bisul asal.di kulit terdpt 2-3 lubang halus yg tidak tertutup…lepas operat 5-6 bulan lpas tu bisul datang balik…apakah rawatan terbaik untuk penyakit ini?..
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang folikel
- Jerawat
- Anal fistula (sejenis laluan yang menyambungkan kulit di luar dubur dengan usus)
- Anal fissure (kulit yang pecah di bahagian dubur)
- Perianal abscess
Bisul yang kerap berulang mungkin disebabkan oleh rawatan yang tidak bersesuaian. Rawatan pembedahan mungkin diperlukan untuk merawat masalah tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.