Sulit
3 tahun
Bisul dan gatal gatal
Saya perempuan umur 28. Saya ada bisul dibahagian kaki. Tapi saya dah ke hospital swasta utk dapat kan rawatan. Diberi dua jenis antibiotik. Sehari selepas consume antibiotic yg diberikan, naik gatal gatal dibahagian luar kemaluan dan peha kiri dan kanan. Kemudian dikeliling bisul juga telah bertukar menjadi merah merah kegatalan. Setelah dua kali ke hospital diberi antibiotic dan ubat sapu utk gatal. Tiada tanda tanda keadaan saya beransur pulih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Penjagaan kulit dan kawasan kaki yang kurang memuaskan
- Jangkitan kulit oleh bakteria, virus atau kulat
- Alahan terhadap ubat-ubatan yang diberikan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai sejarah alahan terhadap ubat-ubatan, sila beritahu kepada doktor yang merawat anda. Pada masa ini, kami sarankan anda untuk menghubungi klinik doktor pakar anda untuk membuat janji temu ataupun pergi ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan lanjut dan mendapatkan rawatan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.