Sulit
3 tahun
Pernah mengalami masalah bisul waktu kecil dan sekarang muncul balik
Saya wanita berumur 24 tahun. Saya mengalami masalah bisul di pinggang. Waktu kecik saya pernah mengalami masalah bisul di belakang leher dan buat minor operation. Setelah beberapa tahun, umur 23 bisul muncul balik seketul di area lengan dan saya klinik, doctor cucuk n keluarkan nanah dari bisul tersebut. Sekarang bisul yang muncul di area pinggang 2 ketul, 1 ketul di perut dan mula nak muncul di area belakang peha. Saya ada google juga masalah bisul ni disebabkan faktor kebersihan. Kalau tak keberatan, boleh doctor explain lebih lanjut masalah bisul selain dari faktor kebersihan? Saya cuma curious sebab saya betul betul jaga soal kebersihan. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keteragan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah bisul yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kebanyakan bisul disebabkan oleh kuman iaitu bakteria “staphylococcus aureus” (S. aureus). Sebagai umum, setiap orang mempunyai S. aureus pada kulit mereka. Kuman ini memasuki badan melalui luka di kulit atau boleh memasuki folikel melalui rambut. Apabila bakterianya berada dalam darah anda, sistem imun anda cuba untuk melawannya dan mendidih sebenarnya adalah hasil daripada sel darah putih anda yang berfungsi untuk menghilangkannya.
Masalah kesihatan yang berikut boleh menjadi punca orang lebih mudah terdedah kepada jangkitan bisul ini:
- Kencing manis
- Masalah dengan sistem imun
- Nutrisi yang kurang baik
- Kebersihan diri yang kurang baik
- Pendedahan kepada bahan kimia yang keras yang boleh merengsakan kulit
- Ekzema
- Jangkitan MRSA
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih