Sulit
3 tahun
Bisul semakin besar
saya mengalami masalah bisul yang tak hilang-hilang dan dia semakin besar dan tumbuh lagi satu bisul pada tempat yg sama sudah lama bisul tu jadi, mcm mana saya nak sembuhkan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/ gejala yang anda hadapi iaitu sering timbul bisul di seluruh anggota badan.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor seseorang biasanya terkena bisul, seperti :
- Mereka yang kurang menjaga kebersihan diri.
- Kawasan penempatan yang sesak seperti di intitusi dan rumah kebajikan.
- Atopy (alahan).
- Ahli keluarga yang mengalami jangkitan kulit berulang.
- Sistem imuniti badan yang lemah.
- Kurang zat makanan.
- Pesakit diabetes.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Antara rawatan bisul di rumah adalah:
- Sapukan kompres panas dan rendamkan bisul
- Apabila bisul mula mengalir, basuh dengan sabun antibakteria sehingga semua nanah hilang dan bersihkan tangan dengan menggosok alkohol.
- Sapukan salap ubat (antibiotik topikal) dan balut bisul tersebut.
- Jangan memicit atau mencalar bisu
- Basuh kawasan bisul dengan sabun dan air dua kali sehari
- Pastikan menggunakan haba selama 3 hari selepas bisul dibuka
- Jika cecair bisul mengalir keluar dengan sendiri, biarkan ia mengalir keluar. Pastikan kawasan tersebut dibersihkan dua kali sehari dengan sabun dan air.
- Untuk membantu mencegah jangkitan dari merebak, jangan berkongsi tuala dan kain lap dengan orang lain.
Tempoh untuk bisul sembuh bergantung dengan pelbagai faktor. Ia mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk benar-benar sembuh.
Namun begitu, sekiranya ianya tidak berkesan dengan rawatan di rumah dan kerap timbul bisul di anggota badan anda, nasihat saya, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan fizikal supaya punca sebenar diketahui dan rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda.
Walaubagaimanapun, jawapan ini merupakan keterangan am mengenai masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih