
Sulit
3 tahun
Cara hilangkan Parut lama
Saya berumur 33 tahun nak tanya berkenaan parut lama sebab alahan masa mengandung. Mcm mana nak hilangkan.perlu guna krim parut atau losen ye? Parut tak tebal cuma seperti kesan lepas gigitan nyamuk tp nampak hitam la di kaki.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, parut biasanya mengambil masa yang panjang untuk hilang. Ia bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis parut, dan usia anda. Terdapat banyak ubat yang boleh digunakan untuk menghilangkan parut, tetapi kami tidak dapat memberikan anda kepastian mengenai jenis ubat yang sesuai untuk anda tanpa maklumat lanjut. Anda boleh merujuk kepada doktor pakar kulit untuk mendapatkan nasihat mengenai jenis ubat yang sesuai untuk menghilangkan parut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor pakar kulit kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!