erotted93
5 tahun
Darah cair dan paras gula dalam darah tinggi
Saya wanita berumur 26 tahun dan saya ingin bertanya apakah sebab paras gula dalam darah tinggi dan rawatan ? Saya baru melakukan ujian pras gula iaitu 9.6 dan satu lagi soalan adakan bahaya jika darah dalam badan cair dan apakah penyebab berlakunya hal yang demikian . Terima kasih
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Terdapat beberapa sebab mengapa paras gula dalam darah boleh naik. Antara sebabnya adalah:
- Penyakit kencing manis
- Bersenam atau gementar
- Baru lepas makan atau minum benda manis (iaitu kurang dari 2 jam sebelum ujian)
- Penyakit hormon seperti Cushing, Phaechromocytoma, hipertiroid
Bacaan gula anda iaitu 9.6 perlu dilihat dari konteks berapa lama selepas makan serta apa yang anda makan. Rawatan bagi kencing manis yang mendapat diagnosis awal adalah senaman dan penjagaan makanan disamping pemberian ubat oleh doktor. Manakala bagi menjawab soalan kedua pula, jika darah dalam badan “cair” iaitu kurang sel platelet untuk membekukan darah, maka seseorang itu akan mudah berdarah walaupun dengan luka yang kecil dan ini akan sukar berhenti. Ianya adalah lebih bahaya jika berlaku pendarahan dalaman seperti dalam otak yang menyebabkan strok.
Sekiranya anda mempunyai masalah-masalah ini, anda disarankan untuk merujuk dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.