
Sulit
3 tahun
Demam, sakit bahu sebelah badan dan turun berat badan
Saya mengalami sakit bahu/lengan dan kerap demam. tnpa sedar mengalami penurunan berat bdn agk mendadak dlm tempoh 6 bln hingga 6 kg

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Kanser
- Chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
- Penyakit Crohn
- Penyakit diabetes
- Kegagalan jantung
- HIV/AIDS
- Tuberkulosis atau batuk kering
- Penyakit hipertiroidisme
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor