Sulit
3 tahun
Haidh selepas bersalin
Saya berusia 20 . 3/1/2021 saya melahirkan cahaya mat perempuan . soalan saya ialah mulai 3/1/2021 sampai 07/02/2021 saya nifas . start 9/02/2021 sampai sekarang 11/03/2021 saya datang haidh. haidh saya sedikit dan hanya perlu tukar sekali sehari lampin wanita . saya tidak mengalami sebarang sakit atau alahan . adakah ia normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Pertama sekali, tahniah atas kelahiran anak pertama anda!
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, pendarahan selepas bersalin atau darah nifas dikenali secara saintifiknya iaitu lokia boleh berlaku hingga 6 minggu selepas tempoh bersalin. Kebiasaannya, ia akan berkurangan mengikut peredaran masa. Namun, jika pendarahan tersebut semakin meningkat, ia mungkin disebabkan oleh perkara berikut:
- haid (kitaran haid wanita kembali, lebih-lebih lagi jika kurang menyusu)
- jangkitan kuman pada rahim (demam, sakit pinggang, berbau)
- tekanan emosi (terlalu aktif dalam penjagaan bayi)
Oleh itu, jika anda mengalami pendarahan yang terlalu banyak sehingga menyebabkan anda mengalami sakit dada, letih berlebihan, sesak nafas dan pucat, anda harus mendapatkan rawatan segera.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Terima kasih