Sulit
2 tahun
Jerawat dan sakit kepala
selamat sejahtera, nama saya ina.saya berumur 25 tahun. pertama saya ingin bertanya mengenai masalah jerawat pada muka dan badan saya, apakah ada rawatan atau ubat yang boleh saya ambik atau beli untuk atasi masalah jerawat saya. masalah ini sudah berlanjutan selama lebih 10 tahun dari zaman remaja. dan masalah jerawat ini hanya bukan pada muka tetapi ia berlaku pada kulit badan sy. kedua masalah sakit kepala. saya sering rasa sakit kepala seminggu 3-4 kali. sakit kepala kerap berlaku pada bahagian mata ke kening sehingga belakang tengkuk.ia lebih kepada sebelah kanan dan kadang2 sakit itu berlaku pada keseluruhan kepala… dan baru2 ini juga terdapat benjolan muncul di bahagian belakang kepala. boleh saya tau adakah kedua2 masalah ini boleh di rawat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, jerawat boleh berlaku disebabkan masalah hormon ataupun masalah genetik. Ada kalanya sesetengah makanan dan penggunaan sesetengah produk juga boleh menyebabkan jerawat. Untuk menangani masalah jerawat, anda boleh mengunakan produk yang mengandungi salicylic acid ataupun benzoyl peroxide. Namun, anda harus menggunakannya secara konsisten untuk melihat perbezaan pada kulit. Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada pakar kulit untuk mendapatkan rawatan yang sesuai untuk masalah anda.
Sakit kepala pula boleh disebabkan oleh:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Saya berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!