Sulit
2 tahun
Kemungkinan buah pinggang
Saya Amir…Saya berusia 24 tahun…5 tahun lalu, saya mengalami Nephrotic dan sembuh beberapa minggu. Namun, baru2 ini, kadang-kadang kencing saya berbuih terutamanya waktu pagi. Saya juga merasa mual-mual nak muntah dan perut rasa kembung dan tak selesa. Saya ada jumpa doktor di klinik pada 27 hari bulan untuk pemeriksaan air kencing namun doktor kata normal. Beliau suruh rujuk pakar dan jumpa doktor masa 5 tahun yg lalu. Saya nak tanya kalau-kalau saya ada sakit lain ke?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kencing berbuih boleh dikatakan normal, tetapi ada kalanya ia boleh memberi indikasi kepada masalah kesihatan. Punca-punca kencing berbuih adalah :
- Kelajuan membuang air kencing
- Dehirasi
- Jangkitan kuman pundi kencing
- Masalah buah pinggang
- Pengambilan protein secara berlebihan
Sekiranya masalah anda berpanjangan atau diikuti simptom-simptom seperti berikut, sila rujuk kepada doktor untuk nasihat lanjut.
- darah dalam kencing
- sakit semasa membuang air kencing
- sakit belakang yang merebak kepada bahagian pubis
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.