Sulit
2 tahun
Kencing berwarna kuning di pagi hari
Doktor normalkah jika selepas kita bangun pagi,air kencing kita bewarna kuning sangat pekat.Mohon pencerahan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, biasanya kencing berwarna kuning pekat di pagi hari menandakan dehidrasi. Namun ia juga boleh menjadi kesan sampingan ubat-ubatan termasuk metronidazole dan chloroquine. Dari segi makanan pula, rhubarb, aloe atau kacang parang yang dimakan dalam kuantiti yang terlalu banyak boleh menyebabkan warna kuning pekat pada air kencing anda. Masalah kesihatan yang digelar prophyria boleh menyebabkan pengumpulan bahan kimia semula jadi dalam darah anda dan menyebabkan warna air kencing ini. Selain itu, warna air kencing yang seperti coca-cola juga boleh menandakan masalah hati.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.