
yanie.norazaimi
5 tahun
Kencing kotor / kencing tak lawas
Salam. Sy wanita berumur 25 tahun dah baru sahaja berkahwin. Last period saya pada 7/4. Kemudian, secara tiba tiba saya mengalami kencing tak lawas dan sangat sakit pada pundi kencing. Kemudian sy pergi ke sebuah klinik dah membuat ujian air kencing. Didapati air kencing kotor dan dr memberi sy ubat antibiotics. Sy ingin bertanya, adakah ini tanda hamil? Tetapi dr di klinik tersebut, cuma mengatakan bahawa urine sy kotor. Bolehkan beri sedikit penjelasan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya kencing tidak lawas dan pedih, antaranya ialah:
• STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
• “benign prostatic hyperplasia” (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang bagi lelaki yang berusia
Untuk membuat kesimpulan bahawa anda mengandung sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.