keymazandrian.8986
3 tahun
Kencing pedih sakit ketika membunag air kecil
Assalamualaikum dan selamat sejahtera doktor. Sy fuad, berumur 30 tahun. Sy menghidapi kencing pedih. Sakit ketika membuang air kecil. Sy sudah berjumpa doktor. Air kencing sy juga sudah di kaji. Tiada apa2 jangkitan serious keatas air kencing sy. Tp doctor hanya memberi ubat untuk melawaskan kencing. Serbuk yang dicampur dengan air kosong dan minum. Tiada antibiotik diberikan kepada sy. Masalahnya, sebelum minum ubat tu, kencing sy lawas. Tiada rasa seperti tidak lawas. Selepas sy minum ubat tu. Baru rasa kencing tidak puas. Apabila sy check sendiri, dimana sakitnya ketika kencing, sy dapati sakitnya betul2 dihujung kepala. Apabila sy tekan di tempat tersebut. Sakitnya sama ketika sy kencing. Seperti bengkak di area situ. Boleh doctor bg pendapat dan cara bagaimana untuk mengubatinya? Setakat ini sy kencing, sy akan urut dan menekan2 tempat yang sakit itu ketika kencing. Alhamdulillah, sakit berkurangan ketika sy urut. Terima kasih doctor.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kesakitan yang dialami pada bahagian kepala bahagian sulit anda mungkin disebabkan oleh radang kerana terdapat jangkitan pada saluran kencing anda. Sekiranya anda mempunyai jangkitan saluran kencing, doktor juga perlu membuat ujian kencing untuk menentukan kumannya sebelum memberikan ubatan yang sesuai.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Harap membantu. Terima kasih.